Malam tadi Pak Yusak adakan sedikit kenduri arwah. Jamuannya nasi dagang. Jemaah yang datang cuma sembilan orang. Jamuan yang disediakan mempu menampung 20 orang. Apa lagi ganyang habislah. Bertambah dua tiga pinggan seorang. Memang enak pun, bersama dengan laparnya. Selesai kenduri mampu pula dibungkus untuk dibawa pulang. Bertambah berkatlah kenduri arwah Pak Yusak ni.
Setelah semuanya pulang, tinggal saya seorang. mula mengelamun sendirian dan teringat laman blog ini yang lama tertinggal. Sebenarnya saya banyak menghabiskan masa di laman blog baru http://teknikmemorimohaf.blogspot.com/ serta menyiapkan penulisan buku teksnya. Jika ada yang berhajat mengikuti kursusnya saya sedia menyampaikannya.
Kebetulan terima sms dari Cikgu Zul KPL zon utara bertanya pula tentang blog ini. Buka blog Darun Najah dan tengok semula postingnya, terasa saya sudah jauh menyimpang dari tujuan asalnya. Blog Darun Najah bertujuan untuk menyampaikan perkembangan semasa pembanggunan surau di sini tetapi saya telah melalut memuatkan hal-hal lain.
Mungkin berkat kenduri arwah Pak Yusak juga yang menyedarkan saya hal ini. Saya tarik balik semua posting yang tak berkenaan dan mesti balik kepada matlamat asal.
Jumaat, 9 Oktober 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan